Kedermawanan dan penajaan Lisa_Surihani

Lisa (kanan) bersama Shaheizy Sam (kiri) sebagai duta WeChat dan Chatime.

Populariti massa Lisa Surihani telah memperlihatkan beliau menjadi duta dan jurucakap bagi pelbagai produk termasuk jenama kosmetik antarabangsa Garnier,[127][128][129][130] jenama minuman buah-buahan Marigold Peel Fresh[131][132][133][134][135][136] serta produk penjagaan pergigian Oral-B dan juga sebagai duta Courts bersama Harith Iskander.[137][138] Selain itu, beliau juga menjadi duta dan jurucakap untuk pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, antaranya termasuk Lip Ice Sheer Color, Freshlook, WeChat, Rexona dan Sofy BodyFit.

Pada tahun 2012, Lisa ialah antara individu yang telah dipilih menjayakan kempen "Saya Pilih Malaysia" yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia, selebriti dan tokoh terkemuka yang terlibat termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Aizat Amdan, Reshmonu, Soo Wincci dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.[139] Beliau bersama-sama dengan Fahrin Ahmad menjayakan kempen Shell Eco-marathon Asia 2014 dengan memulakan cabaran memandu selama dua hari di Lembah Klang, dari 15 dan 16 Januari 2014.[140] Beliau ialah antara selebriti yang mengambil bahagian dalam kempen larian amal #AnakAnak Malaysia Walk 2016 yang diadakan pada 14 Ogos 2016 anjuran Star Media Group Berhad dan Ecowood, selain Lisa, selebriti lain yang terlibat termasuk atlet bina badan Sazali Samad, pereka Datuk Jimmy Choo, pelawak Harith Iskander dan pengacara Elaine Daly.[141]

Pada 21 Februari 2017, Lisa telah dilantik sebagai Duta Muhibah bagi Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu cawangan Malaysia (UNICEF). Peranan ini memperlihatkan beliau mengatasi isu termasuk keganasan terhadap kanak-kanak, buli siber, penderaan/eksploitasi seksual dan keselamatan digital. Ditanya mengenai pemilihannya sebagai duta daru UNICEF Malaysia, beliau berkata: "Saya teruja selepas dipilih men­­­jadi duta kepada orga­nisasi terbesar dunia ini dan sedar ini merupakan satu tanggungjawab berat. Namun, tugas ini tepat pada masanya memandangkan saya juga seorang ibu dan mempunyai pengalaman luas dalam kerja-kerja sukarelawan sebelum ini terutama semasa di alam persekolahan lagi,".[2] Beliau juga merupakan salah seorang duta kempen MPs Against Predators anjuran R.AGE bagi menangani isu berkaitan penderaan seksual kanak-kanak.[142][143] Beliau bersama Harith Iskander, Fahrin Ahmad dan Hunny Madu mempromosikan seminar kesedaran jenayah seksual kanak-kanak “Hentikan!!” yang diadakan pada Mac.[144][145]

Pada 2 April 2018, R.AGE dan SP Setia telah melantik Lisa sebagai duta kempen #StandTogether National Kindness Week yang bertujuan bagi membendung gejala buli di sekolah, dengan 300 sekolah mengambil bahagian.[146] Pada Julai 2018, Lisa bersama selebriti tempatan termasuk Farahdhiya dan Wany Hasrita berkongsi rasa sedih terhadap peristiwa yang menimpa kanak-kanak, Adam Rayqal yang dilaporkan hilang diculik sebelum dijumpai mati di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor.[147]

Beliau menyertai kursus selama dua hari bersama CyberSecurity Malaysia dan menerima sijil Certified Information Security Awareness Manager (CISAM) pada Ogos 2018 bagi membantu ibu bapa muda dan memberikan pemahaman mengenai penggunaan gajet di kalangan kanak-kanak.[148]

Rujukan

WikiPedia: Lisa_Surihani http://www.mynewshub.cc/artis/dicabar-yusry-sebab-... http://www.mynewshub.cc/terkini/lisa-surihani-sele... http://news.asiaone.com/News/Latest+News/Showbiz/S... http://english.astroawani.com/entertainment-news/l... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hbo-sentr... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kes-adam-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/saya-berh... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/saya-buka... http://www.budiey.com/betul-ke-lisa-surihani-bakal... http://www.budiey.com/filem-papa-i-love/